Sekiranya kamu keluar daripada rumah kamu pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

إذا خرجتم من بيوتكم بالليل؛ فأغلقوا أبوابها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu keluar daripada rumah kamu pada waktu malam, hendaklah kamu menutup pintu rumah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis nombor 1223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن وحشي – رضي الله عنه -، قال: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – خرج لحاجته من الليل، فترك باب البيت مفتوحا، ثم رجع، فوجد إبليس قائما في وسط البيت، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((اخسأ يا خبيث! من بيتي)). ثم قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((إذا خرجتم من بيوتكم بالليل؛ فأغلقوا أبوابها)). [طب، ((الضعيفة)) (6351)]

(Munkar)
Daripada Wahsyi RA berkata: Bahawa Nabi SAW keluar pada suatu malam kerana ada urusan, lalu baginda meninggalkan pintu rumah dalam keadaan terbuka. Kemudian baginda pulang dan mendapati Iblis sedang berdiri di pertengahan rumah. Lalu Nabi SAW berkata: Keluarlah kamu wahai si jijik daripada rumahku. Lalu baginda SAW berkata: Sekiranya kamu keluar daripada rumah kamu pada waktu malam, hendaklah kamu menutup pintu rumah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6351]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs