Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا خَرَجْتُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ بِاللَّيْلِ؛ فَأَغْلِقُوا أَبْوَابِهَا.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu keluar daripada rumah kamu pada waktu malam, hendaklah kamu menutup pintu rumah.
Sahabat Perawi
- Wahsyi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis no. 1223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Wahsyi RA berkata: Bahawa Nabi SAW keluar pada suatu malam kerana ada urusan, lalu baginda meninggalkan pintu rumah dalam keadaan terbuka. Kemudian baginda pulang dan mendapati Iblis sedang berdiri di pertengahan rumah. Lalu Nabi SAW berkata: Keluarlah kamu wahai si jijik daripada rumahku. Lalu baginda SAW berkata: Sekiranya kamu keluar daripada rumah kamu pada waktu malam, hendaklah kamu menutup pintu rumah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6351]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman