Sekiranya kamu hendak melakukan sesuatu perkara

TEKS BAHASA ARAB

إذا أردت أمرا فتدبر عاقبته، فإن كان خيرا فأمضه، وإن كان شرا فانته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka telitilah kesudahan darinya. Sekiranya kesudahannya baik, maka teruskanlah ia. Namun sekiranya kesudahannya buruk, berhentilah dari melakukannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 193, hadis nombor 997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي جعفر عبد الله بن مسور الهاشمي، قال: جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: بارك الله للمسلمين فيك، فخصني منك بخاصة بخاصة خير، قال: أمستوص أنت؟ أراه قال ثلاثا، قال: نعم، قال: ((اجلس إذا أردت أمرا فتدبر عاقبته، فإن كان خيرا فأمضه، وإن كان شرا فانته)).
[ابن المبارك، هناد، وكيع، المروزي في ((زياداته))، ((الضعيفة)) (‌‌2308)]

(Palsu)
Daripada Abi Ja’far ‘Abdillah bin Miswar al-Hashimi beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Semoga Allah memberkati keseluruhan umat Islam denganmu. Berilah kepadaku kebaikan yang khusus daripadamu. Adakah kamu ingin memberi wasiat? Aku melihatnya bertanya sebanyak tiga kali. Baginda berkata: Ya. Kemudian menyambung: Sekiranya kamu hendak melakukan sesuatu perkara, duduklah dahulu dan telitilah kesudahan darinya. Sekiranya kesudahannya baik, maka teruskanlah ia. Namun sekiranya kesudahannya buruk, berhentilah dari melakukannya.
[Riwayat Ibn al-Mubarak, Hannad, Waqi’ dan al-Marwazi dalam Ziyadahnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2308]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs