Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أردتَ أمرًا فتَدَبَّرْ عاقِبتَه، فإن كان خيرًا فَأَمْضِهِ، وإن كان شرًّا فانْتَهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka telitilah kesudahan darinya. Sekiranya kesudahannya baik, maka teruskanlah ia. Namun sekiranya kesudahannya buruk, berhentilah dari melakukannya.
Sahabat Perawi
- Abu Ja’far ‘Abdillah bin Miswar al-Hashimi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 193, hadis no. 997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abi Ja’far ‘Abdillah bin Miswar al-Hashimi beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Semoga Allah memberkati keseluruhan umat Islam denganmu. Berilah kepadaku kebaikan yang khusus daripadamu. Adakah kamu ingin memberi wasiat? Aku melihatnya bertanya sebanyak tiga kali. Baginda berkata: Ya. Kemudian menyambung: Sekiranya kamu hendak melakukan sesuatu perkara, duduklah dahulu dan telitilah kesudahan darinya. Sekiranya kesudahannya baik, maka teruskanlah ia. Namun sekiranya kesudahannya buruk, berhentilah dari melakukannya. [Riwayat Ibn al-Mubarak, Hannad, Waqi’ dan al-Marwazi dalam Ziyadahnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2308]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman