Sekiranya kamu duduk di dalam solat kamu, janganlah kamu meninggalkan tasyahhud dan selawat ke atasku

TEKS BAHASA ARAB

يا بريدة! إذا جلست في صلاتك فلا تتركن التشهد والصلاة علي فإنها زكاة الصلاة، وسلم على جميع أنبياء الله ورسله، وسلم على عباد الله الصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Buraidah, sekiranya kamu duduk di dalam solat kamu, janganlah kamu meninggalkan tasyahhud dan selawat ke atasku. Kerana sesungguhnya ia merupakan zakat bagi solat. Ucapkanlah salam ke atas keseluruhan Nabi Allah serta sekalian rasul-Nya, serta ucapkanlah salam ke atas seluruh hamba Allah yang soleh.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 269, hadis nombor 1402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا بريدة! ‌إذا ‌جلست ‌في ‌صلاتك ‌فلا ‌تتركن ‌التشهد ‌والصلاة ‌علي، ‌فإنها ‌زكاة ‌الصلاة، ‌وسلم ‌على ‌جميع ‌أنبياء ‌الله ‌ورسله ‌وسلم ‌على ‌عباد ‌الله ‌الصالحين)).
[قط، ((الضعيفة)) (‌‌2540)]

(Sangat Lemah)
Daripada Buraidah RA beliau berkata : Rasulullah ﷺ berkata: Wahai Buraidah, sekiranya kamu duduk di dalam solat kamu, janganlah kamu meninggalkan tasyahhud dan selawat ke atasku. Kerana sesungguhnya ia merupakan zakat bagi solat. Ucapkanlah salam ke atas keseluruhan Nabi Allah serta sekalian rasul-Nya, serta ucapkanlah salam ke atas seluruh hamba Allah yang soleh.
[Sunan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2540]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs