Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا بُرَيْدةَ! إذا جلَستَ في صلاتِكَ فلا تترُكَنَّ التَّشَهُّدَ والصَّلاةَ عليَّ فإنَّها زَكاةُ الصَّلاةِ، وسلِّم علَى جميعِ أنبياءِ اللَّهِ ورُسلِهِ، وسلِّم علَى عبادِ اللَّهِ الصَّالحينَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Buraidah, sekiranya kamu duduk di dalam solat kamu, janganlah kamu meninggalkan tasyahhud dan selawat ke atasku. Kerana sesungguhnya ia merupakan zakat bagi solat. Ucapkanlah salam ke atas keseluruhan Nabi Allah serta sekalian rasul-Nya, serta ucapkanlah salam ke atas seluruh hamba Allah yang soleh.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 269, hadis no. 1402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن بريدة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا بريدة! إذا جلست في صلاتك فلا تتركن التشهد والصلاة علي، فإنها زكاة الصلاة، وسلم على جميع أنبياء الله ورسله وسلم على عباد الله الصالحين)). [قط، ((الضعيفة)) (2540)]
(Terlalu Daif) Daripada Buraidah RA beliau berkata : Rasulullah ﷺ berkata: Wahai Buraidah, sekiranya kamu duduk di dalam solat kamu, janganlah kamu meninggalkan tasyahhud dan selawat ke atasku. Kerana sesungguhnya ia merupakan zakat bagi solat. Ucapkanlah salam ke atas keseluruhan Nabi Allah serta sekalian rasul-Nya, serta ucapkanlah salam ke atas seluruh hamba Allah yang soleh. [Sunan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2540]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman