Sekiranya kamu bermusafir, maka hendaklah yang menjadi imam kamu adalah mereka yang paling mahir tentang al-Quran dari kalangan kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا سافرتم فليؤمكم أقرؤكم، وإن كان أصغركم، وإذا أمكم فهو أميركم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu bermusafir, maka hendaklah yang menjadi imam kamu adalah mereka yang paling mahir tentang al-Quran dari kalangan kamu, sekalipun sekiranya dia adalah paling muda diantara kamu. Dan apabila dia menjadi imam kepada kamu maka dia adalah ketua bagi kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis nombor 1346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا سافرتم فليؤمكم أقرؤكم، وإن كان أصغركم، وإذا أمكم فهو أميركم)). [البزار، فر، ((الضعيفة)) (2623)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya kamu bermusafir, maka hendaklah yang menjadi imam kamu adalah mereka yang paling mahir tentang al-Quran dari kalangan kamu, sekalipun sekiranya dia adalah paling muda diantara kamu. Dan apabila dia menjadi imam kepada kamu maka dia adalah ketua bagi kamu.
[Riwayat al-Bazzar dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2623]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.