TEKS BAHASA ARAB
إذا كنتم في القصب، أو الثلج، أو الرداغ فحضرت الصلاة؛ فأومئوا إيماء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya kamu berada di kawasan laluan air atau kawasan bersalji, atau kawasan yang bertanah lumpur yang tebal, kemudian masuknya waktu solat (fardu), maka kamu lakukanlah solat dengan hanya memberikan isyarat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 263, hadis nombor 1366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله المزني – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا كنتم في القصب، أو الثلج، أو الرداغ فحضرت الصلاة؛ فأومئوا إيماء)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (2671)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdullah al-Muzani RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu berada di kawasan laluan air atau kawasan bersalji, atau kawasan yang bertanah lumpur yang tebal, kemudian masuknya waktu solat (fardu), maka kamu lakukanlah solat dengan hanya memberikan isyarat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2671]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.