Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya kamu berada di kawasan laluan air atau kawasan bersalji

Teks Bahasa Arab

إذا كنتُم في القَصبِ، أوِ الثَّلجِ، أوِ الرِّداغِ فحضرَتِ الصَّلاةُ، فأومئوا إيماءً.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya kamu berada di kawasan laluan air atau kawasan bersalji, atau kawasan yang bertanah lumpur yang tebal, kemudian masuknya waktu solat (fardu), maka kamu lakukanlah solat dengan hanya memberikan isyarat.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abdullah al-Muzani RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 263, hadis no. 1366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله المزني - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا كنتم في القصب، أو الثلج، أو الرداغ فحضرت الصلاة؛ فأومئوا إيماء)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (2671)]

(Daif) Daripada ‘Abdullah al-Muzani RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu berada di kawasan laluan air atau kawasan bersalji, atau kawasan yang bertanah lumpur yang tebal, kemudian masuknya waktu solat (fardu), maka kamu lakukanlah solat dengan hanya memberikan isyarat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2671]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.