Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya Jumaat seseorang hamba itu terselamat dari diisi dengan dosa

Teks Bahasa Arab

إذا سلِمتِ الجمُعةِ، سلِمتِ الأيَّامُ، وإذا سلِمَ رمضانُ، سلِمتِ السَّنَةُ.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya Jumaat seseorang hamba itu terselamat dari diisi dengan dosa dan kemaksiatan, maka hari-harinya yang berbaki juga akan selamat. Dan sekiranya Ramadhan seseorang itu selamat daripada maksiat, maka hari-hari dalam setahunnya yang berbaki juga akan selamat.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis no. 5734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((إذا سلمت الجمعة سلمت الأيام، وإذا سلم رمضان سلمت السنة)). [المخلص في ((المجلس السابع)) وعنه علي بن أبي طالب المكي في ((حديثه عنه))، الأنباري في ((مشيخته))، حل، عد، هب، الخطيب في ((الموضح))، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (2565)].

(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya Jumaat seseorang hamba itu terselamat dari diisi dengan dosa dan kemaksiatan, maka hari-harinya yang berbaki juga akan selamat. Dan sekiranya Ramadhan seseorang itu selamat daripada maksiat, maka hari-hari dalam setahunnya yang berbaki juga akan selamat. [Riwayat al-Mukhallis dalam al-Majlis al-Sabi’, melalui jalurnya: ‘Ali bin Abu Talib al-Makki dalam Hadisnya, al-Anbari dalam al-Masyyakhah, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Khatib dalam al-Muwadhdhih dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2565]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.