Sekiranya imam memberikan salam, maka hendaklah kamu membalasnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا سلم الإمام فردوا عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya imam memberikan salam, maka hendaklah kamu membalasnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260, hadis nombor 1349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا سلم الإمام فردوا عليه)). [ه، طب، عد، ((الضعيفة)) (2564)]

(Lemah)
Daripada Samurah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya imam memberikan salam, maka hendaklah kamu membalasnya.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2564]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.