Sekiranya hujan lebat, hendaklah kamu mendirikan solat di rumah kamu

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان مطر وابل، فصلوا في رحالكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya hujan lebat, hendaklah kamu mendirikan solat di rumah kamu.

STATUS

Munkar Dengan Sebutan (Hujan Lebat)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 262, hadis nombor 1364. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (وابل)) عن عمار بن أبي عمار، قال: مررت بعبد الرحمن بن سمرة يوم الجمعة وهو على نهر يسيل الماء مع غلمانه ومواليه، فقلت له: يا أبا سعيد الجمعة؟ فقال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا كان مطر وابل، فصلوا في رحالكم)). [ك، حم، ((الضعيفة)) (2667)]

(Munkar Dengan Sebutan (Hujan Lebat)) Daripada ‘Ammar bin Abi ‘Ammar, beliau berkata: Aku melintasi Abd al-Rahman bin Samurah pada hari Jumaat dan beliau pada ketika itu bersama budak-budak serta para maula beliau di sebatang sungai yang mengalir. Lalu aku bertanya kepadanya: Wahai Abu Sa’id, (bagaimana dengan solat) Jumaat? Beliau menjawab: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya hujan lebat, hendaklah kamu mendirikan solat di rumah kamu.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak beliau dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2667]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs