Sekiranya gunung itu dipukul menggunakan corong yang diperbuat daripada besi

TEKS BAHASA ARAB

لو ضرب الجبل بقمع من حديد لتفتت ثم عاد كما كان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya gunung itu dipukul menggunakan corong (pemukul) yang diperbuat daripada besi, pasti ia hancur kemudian ia kembali sebagaimana sebelumnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1340, hadis nombor 6846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد رضي الله عنه مرفوعا: لو ضرب الجبل بقمع من حديد لتفتت ثم عاد كما كان.
[ك، حم، ع، ابن أبي الدنيا في ((صفة النار))، ((الضعيفة)) (4350)]

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya gunung itu dipukul menggunakan corong (pemukul) yang diperbuat daripada besi, pasti ia hancur kemudian ia kembali sebagaimana sebelumnya.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Ibn Abi al-Dunya dalam Sifat al-Nar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4350]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs