Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْ بَغَى جَبَلٌ عَلَى جَبَلٍ لَدُكَّ الْبَاغِي مِنْهُمَا.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya gunung bersikap melampau terhadap gunung yang lain, pasti gunung yang melampau daripada kedua gunung tersebut akan binasa.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 67, hadis no. 377. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Hibban juga meriwayatkannya dalam al-Dhu'afa' di bawah biografi Ahmad bin Muhammad bin al-Fadhl al-Qaisi melalui hadith Anas, seraya beliau berkata: Palsu. Saya berkata bahawa Ibn Wahb turut mengeluatkannya dalam Jami' beliau dalam potongan yang bercetak daripada sebahagian Jami' tersebut dan al-Bukhari dalam al-Adab daripada Ibn 'Abbas melalui kata-kata beliau, ia yang tepat.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman