Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya Fatimah melakukan perkara yang sama, nescaya Muhammad akan memotong tangannya

Teks Bahasa Arab

ما إكثارُكُم عليَّ في حدٍّ من حدودِ اللهِ عزَّ وجلَّ وقع على أَمَةٍ من إماءِ اللهِ؟ والذي نفسي بيدِه! لوكانتْ فاطمةُ ابنةُ رسولِ اللهِ نزلتْ بالذي نزلتْ بهِ؛ لقطعَ محمدٌ يدَها.

Teks Bahasa Melayu

Apa yang kamu perbanyakkan ke atas aku pada hudud daripada hudud Allah SWT terjadi kepada salah seorang hamba Allah? Demi jiwaku di tanganNya! Jika Fatimah anak perempuan Rasulullah melakukan perkara yang sama, nescaya Muhammad akan memotong tangannya.

Sahabat Perawi

  1. Mas'ud bin al-Aswad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 794, hadis no. 4089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق) عن مسعود بن الأسود رضي الله عنه قال: لما سرقت المرأة تلك القطيفة من بيت رسول الله ﷺ؛ أعظمنا ذلك، وكانت امرأة من قريش، فجئنا إلى النبي ﷺ نكلمه، وقلنا: نحن نفديها بأربعين أوقية، فقال رسول الله ﷺ: تطهر ‌خير ‌لها، فلما سمعنا لين قول رسول الله ﷺ، أتينا أسامة، فقلنا: كلم رسول الله ﷺ، فلما رأى رسول الله ﷺ ذلك؛ قام خطيباً فقال: ما إكثاركم علي في حد من حدود الله عز وجل وقع على أمة من إماء الله؟ والذي نفسي بيده! لو كانت فاطمة ابنة رسول الله نزلت بالذي نزلت به؛ لقطع محمد يدها. [هـ، ك، هق، (الضعيفة) (4425)]

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Mas’ud bin al-Aswad RA berkata: Ketika seorang wanita mencuri sekeping peralatan tilam dari rumah Rasulullah SAW, kami memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang besar, ia adalah seorang wanita daripada Quraisy, lalu kami datang kepada Nabi SAW untuk bercakap dengan baginda. Lalu kami berkata: Kami akan menggantikannya dengan 40 al-uqiyyah (nilai mata wang (syiling) dan berat timbangannya sama dengan 40 dirham). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jika ia disucikan maka lebih baik baginya. Apabila kami mendengar perkataan Rasulullah SAW yang lembut, kami datang berjumpa Usamah, lalu kami berkata: Bercakaplah dengan Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW melihat perkara tersebut, baginda berdiri dan berkhutbah seraya berkata: Apa yang kamu perbanyakkan ke atas aku pada hudud daripada hudud Allah SWT terjadi kepada salah seorang hamba (perempuan) Allah? Demi jiwaku di tanganNya! Jika Fatimah anak perempuan Rasulullah melakukan perkara yang sama, nescaya Muhammad akan memotong tangannya. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4425]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.