Sekiranya engkau sampai mengikuti mereka ke kubur, engkau tidak akan dapat melihat syurga

TEKS BAHASA ARAB

لو بلغت معهم الكدى ما رأيت الجنة حتى يراها جد أبيك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya engkau sampai mengikuti mereka ke kubur, engkau tidak akan dapat melihat syurga hinggalah datuk kepada ayahmu (iaitu ‘Abd al-Muttalib) melihat syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 16, hadis nombor 125. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه أبو داود (3123) والنسائي (4/ 27-28) وأحمد (2/ 16-169) وابن عبد الحكم في فتوح مصر (ص – 259) والطحاوي في المشكل (1/ 108) والحاكم (1/ 373-374) والبيهقي في السنن (4/ 77- 78) وابن حبان (ج 5 / رقم 3167) وابن الجوزى في الواهيات (2/ 903) من طريق ربيعة بن سيف، عن أبي عبد الرحمن الحبلي، عن عبد الله بن عمرو قال: بينما نحن نسير مع رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذا بصر بامرأة، لا تظن أنه عرفها. فلما توسط الطريق وقف حتى انتهت إليه فإذا فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقال لها: ما أخرجك من بيتيك يا فاطمة؟ قالت: أتتيت أهل هذا الميت فترحمت إليهم وعزيتهم بميتهم. قال: لعلك بلغت معهم الكدى؟ قالت: معاذ الله أن أكون بلغتها، وقد سمعتك تذكر في ذلك ما تذكر. وقال لها: لو بلغت معهم. الحديث.
وعزاه شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله في مجموع الفتاوى (24/ 362) لأصحاب السنن فوهم فلم يخرجه الترمذي ولا ابن ماجة. قال النسائي عقبه: ربيعة ضعيف. وقال الحاكم: صحيح على شرط الشيخين ووافقه الذهبي.
قلت: وهذا غريب لاسيما من الذهبي رحمه الله لأنه قال في المهذب (3/ 484) بعد هذا الحديث: قلت: هذا منكر تفرد به ربيعة وقد غمزه البخاري وغيره بأنه صاحب مناكير. أ. هـ‍.
ومع ضعف ربيعة، فلم يخرج له أحد الشيحين شيئاً فليس على شرط واحد منهما. أما قول المنذري في الترغيب (4/ 181) : وربيعية هذا تابعي من أهل مصر، فيه مقال لا يقدح في حسن الإسناد. أ. هـ‍.
ففيه نظر. لأن ربيعة بن سيف، وأن قال الدارقطني: صالح. وقال النسائي: ليس به بأس ووثقه العجلي. فقد وصفه البخاري وابن يونس بأنه يروي المناكير. وقال ابن حيان في الثقات : يخطى كثيراً.
أما قول النسائي: ليس به بأس فهو معارض بقوله في الرواية الأخرى عنه: ضعيف. والعجلي متساهل والتوثيق وقول الدارقطني فيه يعني صالح في المتابعات. وقد تفرد به ومما يدل على نكارة هذا المتن قوله: ما رأيت الجنة حتى برأها جد أبيك.
فإن زيارة القبور إن كانت غير جائزة للنساء فإن المرأة تكون عاصية بفعلها ولا يؤول بها الحال إلى قريب من الكفر، فضلاً عن ثبوته عليها لأن عبد المطلب جد النبي صلى الله عليه وسلم مات كافراً على دين الجاهلية كما عليه أهل السنة خلافاً للشيعة. وانظر السيرة النبوية (1/ 238، 239) للحافظ ابن كثير. وقد فطن ابن حبان إلى هذه النكارة فحاول أن يتأول الحديث. ولكنه تكلف جداً في التأويل، فقال عقب الحديث: قوله صلى الله عليه وسلم: لو بلغت معهم الكدى ما رأيت الجنة العالية التي يدخلها من لم يرتكب ما نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عنه لأن فاطمة علمت النهى فيه قبل ذلك والجنة هي جنات كثيرة لا جنة واحدة والمشرك لا يدخل جنة من الجنان أصلاً، لا عالية، ولا سافلة، ولا ما بينهما. أ. هـ‍. ولفظ الحديث لا يساعد ابن حبان على مثل هذا التأويل.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (3123), al-Nasa’ei (4/27-28), Ahmad (2/16-169), Ibn ‘Abd al-Hakam dalam Futuh Misr (hlmn 259), al-Tahawi dalam al-Mushkil (1/108), al-Hakim (1/373-374), al-Baihaqi dalam al-Sunan (4/77-78), Ibn Hibban (juz 5/hadith : 3167), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/903) melalui sanad Rabi;ah bin Saif daripada Abu ‘Abd al-Rahman al-Hubuli daripada Abd Allah bin ‘Amr, katanya: Ketika kami sedang berjalan bersama Rasulullah SAW, Baginda SAW melihat seorang wanita, kami tidak menyangka bahawa Baginda SAW mengenalinya. Apabila berada di tengah jalan, Baginda SAW berhenti hingga wanita itu sampai kepada Baginda SAW, rupa-rupanya wanita itu Fatimah binti Rasulullah SAW. Baginda SAW pun bersabda kepada Fatimah: "Apakah yang membuatkan kamu keluar daripada rumah kamu, wahai Fatimah?". Fatimah menjawab: "Saya menemui keluarga si mati ini, saya beramah mesra dengan mereka dan mengucapkan takziah kerana kematian". Baginda SAW bertanya: "Boleh jadi kamu sampai mengikuti mereka ke kubur?". Fatimah menjawab: "Semoga Allah memelihara diriku daripada aku sampai mengikuti mereka. Saya telah mendengar bahawa anda ada menyebutkan tentang ini sebagaimana yang anda sebutkan. Baginda SAW bersabda kepada Fatimah: "Sekiranya kamu sampai mengikut mereka….".
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dalam Majmu’ al-Fatawa (24/362) telah menyandarkan hadith ini kepada para penulis kitab Sunan, ianya suatu kekeliruan kerana al-Tirmizi dan Ibn Majah tidak mengeluarkan hadith tersebut. Al-Nasa’ei berkata seusai menyebutkan hadith: "Rabi’ah seorang yang dha’if". Al-Hakim pula berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim", dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Ini gharib, terutama daripada al-Zahabi, kerana dalam al-Muhazzab (3/484) setelah membawakan hadith in, beliau berkata: "Saya berkata: Hadith ini munkar, Rabi’ah bersendirian meriwayatkannya. Al-Bukhari dan lain-lain telah mencacatkan beliau dengan mengatakan bahawa Rabi’ah pemilik hadith-hadith munkar". Di samping Rabi’ah seorang yang dha’if, al-Bukhari dan Muslim tidak pernah mengeluarkan mana-mana hadith beliau. Oleh itu, hadith tersebut tidak menepati syarat mana-mana dalam kalangan mereka berdua.
Berkenaan kata-kata al-Munziri dalam al-Targhib (4/181): "Rabi’ah ini seorang tabi’ei daripada kalangan penduduk Mesir, pada status beliau ada pertikaian, namun tidak mencacatkan status sanadnya sebagai hasan".
Kenyataan beliau itu dipertikaikan, kerana Rabi’ah bin Saif, sekalipun al-Daraqutni berkata: "Soleh", al-Nas’ei pula berkata: "Beliau tidak ada masalah", dan dinilai thiqah oleh al-‘Ijli. Namun, al-Bukhari dan Ibn Yunus telah menyifatkan beliau sebagai perawi yang meriwayatkan hadith-hadith munkar. Ibn Hibban pula dalam al-Thiqat berkata: "Banyak melakukan kesalahan". Adapun berkenaan kata-kata al-Nasa’ei: "Beliau tidak ada masalah", ianya bercanggah dengan kata-kata beliau dalam riwayat yang lain daripada al-Nasa’ei, katanya: "Dha’if". Al-‘Ijli pula seorang yang bermudah-mudah dalam memberi penilaian thiqah. Manakala, kata-kata al-Daraqutni tentang Rabi’ah, maksudnya Soleh dalam bab riwayat-riwayat sokongan. Namun, beliau bersendirian meriwayatkan hadith tersebut. Antara bukti yang menunjukkan bahawa matan hadith tersebut munkar adalah sabda Baginda SAW: "Engkau tidak akan melihat syurga hinggalah datuk kepada ayahmu melihatnya".
Ziarah kubur – sekalipun tidak harus bagi wanita, wanita dianggap berdosa jika melakukannya, namun tidak boleh ditakwilkan ketidakharusan tersebut sebagai keadaan yang hampir kepada kekufuran, apalagi untuk thabitkan kekufuran terhadap wanita [ kerana 'Abd al-Muttalib, datuk kepada Nabi SAW mati dalam keadaan kafir atas agama jahiliyyah sebagaimana dipegang oleh Ahli Sunnah, berbeza dengan Syi'ah. Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah (1/238, 239) oleh al-Hafiz Ibn Kathir] – Ibn Hibban menyedari munkarnya perkara ini, lalu beliau cuba untuk mentakwil hadith tersebut, namun beliau terlalu memberatkan dalam mentakwilnya. Ibn Hibban menyebutkan selepas hadith tersebut: "Maksud sabda Baginda SAW: ‘Sekiranya engkau sampai bersama mereka ke kubur, maka engkau tidak akan melihat syurga tertinggi yang boleh dimasuki oleh orang yang tidak melakukan perkara yang Rasulullah SAW larang, kerana Fatimah telah mengetahui tentang larangan tersebut sebelum itu. Ada banyak syurga, bukan satu sahaja syurga. Orang-orang musyrik tidak akan boleh memasuki langsung mana-mana syurga, samada yang tertinggi, atau yang paling bawah atau yang ditengah".
Lafaz hadith tersebut tidak pun membantu Ibn Hibban untuk mengemukakan takwilan seperti ini.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs