Sekiranya engkau mengutuskan pasukan tentera

TEKS BAHASA ARAB

إذا بعثت سرية فلا تنقهم واقتطعهم فإنّ الله ينصر القوم بأضعفهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya engkau mengutuskan pasukan tentera, maka janganlah engkau terlalu melampau dalam memilih (dalam memilih ahli pasukan), dan jadikanlah mereka sebuah pasukan yang khusus, kerana sesungguhnya Allah itu benar-benar membantu sesebuah pasukan dengan sebab belas kasihan kepada orang-orang lemah dalam kalangan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1026, hadis nombor 5269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من أهل المدينة: أن النبي قال لزيد بن حارثه أو لعمرو ابن العاص: إذا بعثت سرية فلا تنقهم واقتطعهم فإنّ الله ينصر القوم بأضعفهم. [الحارث، الضعيفة (٦٩٨٠)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki dalam kalangan penduduk Madinah (berkata): Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Zaid bin Harithah RA atau kepada ‘Amru bin al-‘As RA: Sekiranya engkau mengutuskan pasukan tentera, maka janganlah engkau terlalu melampau dalam memilih (dalam memilih ahli pasukan), dan jadikanlah mereka sebuah pasukan yang khusus, kerana sesungguhnya Allah itu benar-benar membantu sesebuah pasukan dengan sebab belas kasihan kepada orang-orang lemah dalam kalangan mereka. [Riwayat al-Harith di dalam al-Musnad.Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6980]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs