Sekiranya engkau mencintai aku, maka bersiaplah untuk kefakiran sebagai baju besi

TEKS BAHASA ARAB

إن كنت تحبني فأعد للفقر تجفافا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya engkau mencintai aku, maka bersiaplah untuk kefakiran sebagai baju besi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1981, hadis nombor 9916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مغفل، قال: قال رجل للنبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله! والله إني لأحبك، فقال: ((انظر ما تقول)). قال: والله إني لأحبك، فقال: ((انظر ما تقول))، قال: والله إني لأحبك، ثلاث مرات، فقال: ((إن كنت تحبني فأعد للفقر تجفافا)).
[ت، البغوي في ((شرح السنة))، ((الضعيفة)) (1681)]

(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin Mughaffal, beliau berkata: Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah! Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar mencintai engkau”. Baginda bersabda: “Perhatikan apa yang engkau katakan”. Dia berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar mencintai engkau”. Lalu baginda bersabda: “Perhatikan apa yang engkau katakan”. Dia berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya aku benar-benar mencintai engkau”. Maka baginda bersabda: “Sekiranya engkau mencintai aku, maka bersiaplah untuk kefakiran sebagai baju besi”.
[Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-Baghawī dalam Syarḥ al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1681]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs