Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya engkau datang dan tidak menemuiku, maka carilah Abū Bakar, sesungguhnya dia ialah khalifah selepasku

Teks Bahasa Arab

إن جئتِ ولم تجِديني؛ فأتي أبا بَكْرٍ؛ فَهوَ الخَليفةُ بعدي.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya engkau datang dan tidak menemuiku, maka carilah Abū Bakar, sesungguhnya dia ialah khalifah selepasku.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 846, hadis no. 4337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: جاءت امرأة إلى النبي صلى الله عليه وسلم تسأله شيئا، فقال لها: ((تعودين)). فقالت: يا رسول الله! إن جئت ولم أجدك -كأنها تعرض بالموت-؟ قال: ((إن جئت ولم تجديني؛ فأتي أبا بكر؛ فهو الخليفة بعدي)). [الأصبهاني في ((الحجة))، ((الضعيفة)) (5561)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Seorang wanita datang kepada Nabi SAW meminta sesuatu. Lalu baginda berkata kepadanya: Kamu akan kembali. Lalu dia berkata: Wahai Rasulullah SAW! Jika aku datang dan aku tidak menemuimu – seolah olah dia mengisyaratkan baginda akan mati –? Baginda bersabda: Sekiranya engkau datang dan tidak menemuiku, maka carilah Abū Bakar, sesungguhnya dia ialah khalifah selepasku. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Ḥujjah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5561]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.