Sekiranya engkau bertemu pemungut cukai maka bunuhlah dia

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن لقيتم عشارا فاقتلوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sekiranya engkau bertemu pemungut cukai maka bunuhlah dia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 214, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع. قال في اللآلئ: أخرجه أحمد، وفيه ابن لهيعة ذاهب الحديث، وقال في الوجيز: في إسناده مجاهيل، وأخرجه البخاري في تاريخه والطبراني. وابن لهيعة أخرج له مسلم وسائر رجاله معرفون. قال السيوطي: والصواب أنه حسن .وروى: لا يدخل الجنة صاحب مكس يعني العشار. أخرجه أبو داود وأحمد وصححه ابن خزيمة.

Ia palsu. Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’: Ahmad meriwayatkan pada hadith ini terdapat Ibn Lahi’ah perawi maqbul, Berkata pengarang kitab al-Wajiz: dalam sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali. Al-Bukhari dan al-Tabarani meriwayatkan di kitab al-Tarikh. Ibn Lahi’ah diriwayatkan oleh Muslim dan seluruh perawi yang dikenali. Al-Suyuthi berkata: benar dan sesungguhnya ianya hadith hasan.
Dalam riwayat lain: Tidak akan masuk syurga pemungut cukai yakni al-ashsyar. Abu Daud dan Ahmad meriwayatkannya dan Ibn Khuzaimah menilainya sebagai sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs