Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya dunia berada di dalam ujian dan kemarau

Teks Bahasa Arab

‌إِذَا ‌كَانَتِ ‌الدُّنْيَا ‌فِي ‌بَلاءٍ ‌وَقَحْطٍ ‌كَانَتِ ‌الشَّامُ ‌فِي ‌رَخَاءٍ ‌وَعَافِيَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya dunia berada dalam ujian dan kemarau, maka Syam berada dalam kesenangan dan kesejahteraan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 14, hadis no. 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه ابن عساكر عن أبي عبد الملك الجزري من قوله: وزاد: وإذا كانت الشام في بلاء وقحط، كانت بيت المقدس في رخاء وعافية. وقال: الشام مباركة، وفلسطين مقدسة، وبيت المقدس قدس ألف مرة. ولا أصل له في المرفوع.

Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn 'Asakir daripada Abi 'Abd al-Malik al-Jazari melalui kata-kata beliau. Beliau menambah: "Sekiranya bumi Syam berada dalam bala dan kemarau, maka Bait al-Maqdis dalam kesenangan dan kesejahteraan". Beliau berkata: "Syam adalah bumi yang diberkati, manakala Palestin pula bumi yang disucikan dan Bait al-Maqdis disucikan seribu kali ganda". Tidak ada asalnya dalam riwayat yang marfu'.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.