Sekiranya dipanjangkan tempoh bagi kamu, pasti engkau akan melihat suatu kaum pada keesokkan hari mereka dalam kemarahan Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "إن طالت بك مدة، أوشك أن ترى قوما يغدون في سخط الله ويروحون في لعنته، في أيديهم مثل أذناب البقر".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sekiranya dipanjangkan tempoh bagi kamu, pasti engkau akan melihat suatu kaum pada keesokkan hari mereka dalam kemarahan Allah dan mereka saling berpergian dalam laknatNya, di tangan-tangan mereka seperti ekor lembu”.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 212, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قد عده ابن الجوزي في الموضوعات.
قال ابن حجر: هو في صحيح مسلم. وهذه غفلة شديدة من ابن الجوزي.

Ibn Jauzi meletakkan di dalam kitabnya al-Maudhu’at.
Ibn Hajar berkata: Hadith ini daripada sahih muslim. ini adalah satu kecuaian yang amat berat dilakukan oleh Ibn al-Jauzi.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Tags: sekiranya, panjang, tempoh, melihat, kaum, esok, marah, murka, saling, pergi, laknat, tangan, ekor, lembu

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs