Classification icon

Ia terdapat dalam Sahih Muslim

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya dipanjangkan tempoh bagi kamu, pasti engkau akan melihat suatu kaum pada keesokkan hari mereka dalam kemarahan Allah

Teks Bahasa Arab

حديث: إن طالت بك مدةً، أوشک أن ترى قومًا يغدون في سخطِ اللهِ ، ويروحونَ في لعنتِه ، في أيديهم مثلَ أذنابِ البقرِ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sekiranya dipanjangkan tempoh bagi kamu, pasti engkau akan melihat suatu kaum pada keesokkan hari mereka dalam kemarahan Allah dan mereka saling berpergian dalam laknatNya, di tangan-tangan mereka seperti ekor lembu”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ibn Hajar al-'Asqalani (m. 852H)

Status

Ia terdapat dalam Sahih Muslim

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 212, hadis no. 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قد عده ابن الجوزي في الموضوعات. قال ابن حجر: هو في صحيح مسلم. وهذه غفلة شديدة من ابن الجوزي.

Ibn Jauzi meletakkan di dalam kitabnya al-Maudhu’at. Ibn Hajar berkata: Ia terdapat dalam Sahih Muslim. ini adalah satu kecuaian yang amat berat dilakukan oleh Ibn al-Jauzi.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.