Sekiranya dihidangkan makanan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا وضع الطعام فليبدأ أمير القوم، أو صاحب الطعام، أو خير القوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya dihidangkan makanan, maka hendaklah pemimpin suatu kaum, atau pemilik makanan, atau orang yang terbaik dari kalangan kaum tersebut memulakannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 200, hadis nombor 1039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي إدريس عائذ الله مرفوعا: ((إذا وضع الطعام فليبدأ أمير القوم، أو صاحب الطعام، أو خير القوم)). ثم أخذ بيد أبي عبيدة، قال: فكانوا يرون أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان صائما. [أبو بكر السلمي في ((المنتقى من حديث أبي الدحداح التميمي))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2718)]

(Lemah)
Daripada Abu Idris ‘A’idzillah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya dihidangkan makanan, maka hendaklah pemimpin suatu kaum, atau pemilik makanan, atau orang yang terbaik dari kalangan kaum tersebut memulakannya. Kemudian beliau memegang tangan Abu ‘Ubaidah (untuk memulakan santapan). Perawi berkata: Ini kerana pada ketika itu para sahabat berpendapat bahawa Rasulullah SAW sedang berpuasa.
[Riwayat Abu Bakar al-Sulami dalam al-Muntaqa Min Hadith Abi al-Dahdah al-Tamimiy dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2718]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.