Sekiranya dia sempat bertemu denganku, nescaya dia akan masuk Islam

TEKS BAHASA ARAB

لو أدركني هذا، لأسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya dia sempat bertemu denganku, nescaya dia akan masuk Islam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1648, hadis nombor 8330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن يزيد بن عمرو بن مسلم الخزاعي: حدثني أبي عن أبيه قال: كنت عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأنشده قول سويد بن عامر المصطلقي:
لا تأمننَّ وإن أمسيت في حرم * * * إن المنايا بجنبي كل إنسان
واسلك طريقك [تمش] غير مختشع * * * حتى تلاقي ما يمني لم الماني
وكل ذي صاحب يوماً مفارقه * * * وكل زاد وإن أبقيته فاني
والخير والشر مقرونان في قرنٍ * * * كل ذاك يأتيك الجديدان
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لو أدركني هذا، لأسلم))، فبكى أبي، فقلت: “يا أبتاه! ما يبكيك من مشرك مات في الجاهلية؟” فقال أبي: “ما رأيت من مشرك خيراً من سويد”. [طب، البزار، الدولابي، ((الضعيفة)) (6568)].

(Munkar)
Daripada Yazid bin ‘Amr bin Muslim al-Khaza’i: Telah memberitahuku ayahku daripada ayahnya yang berkata: “Aku bersama Rasulullah SAW lalu aku melagukan buat Baginda kata-kata Suwaid bin ‘Amir al-Mustalaqi: Kamu tidak akan aman walaupun kamu berpetang di haram…kerana kematian berada di kedua sisi setiap manusia. Tempuhlah jalan (berjalan) tanpa menundukkan pandangan…sehingga kamu bertemu dengan perkara yang ditakdirkan oleh penentu (Tuhan). Setiap orang yang saling bersahabat pada satu hari nanti akan tetap terpisah … dan setiap bekalan walaupun berbaki akan tetap fana’ (hilang)…Kebaikan dan keburukan saling berpasangan dalam suatu kurun…setiap daripadanya itu akan sentiasa datang kepadamu yang baharu. Maka Rasulullah SAW bersabda : ((Sekiranya dia sempat bertemu denganku, nescaya dia akan masuk Islam)). Lalu ayahku menangis. Aku berkata: “Wahai ayahku! Apa yang membuatkanmu menangisi seorang lelaki syirik dan mati di dalam Jahiliyyah?”. Ayahku berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang musyrik yang lebih baik daripada Suwaid.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bazzar, dan al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6568].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs