Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْ أَدْرَكَنِي هَذَا، لَأَسْلَمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya dia sempat bertemu denganku, nescaya dia akan masuk Islam.
Sahabat Perawi
- Yazid bin Amru bin Muslim al-Khaza'i.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1648, hadis no. 8330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن يزيد بن عمرو بن مسلم الخزاعي: حدثني أبي عن أبيه قال: كنت عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأنشده قول سويد بن عامر المصطلقي: لا تأمننَّ وإن أمسيت في حرم * * * إن المنايا بجنبي كل إنسان واسلك طريقك [تمش] غير مختشع * * * حتى تلاقي ما يمني لم الماني وكل ذي صاحب يوماً مفارقه * * * وكل زاد وإن أبقيته فاني والخير والشر مقرونان في قرنٍ * * * كل ذاك يأتيك الجديدان فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لو أدركني هذا، لأسلم))، فبكى أبي، فقلت: "يا أبتاه! ما يبكيك من مشرك مات في الجاهلية؟" فقال أبي: "ما رأيت من مشرك خيراً من سويد". [طب، البزار، الدولابي، ((الضعيفة)) (6568)].
(Munkar) Daripada Yazid bin ‘Amr bin Muslim al-Khaza’i: Telah memberitahuku ayahku daripada ayahnya yang berkata: “Aku bersama Rasulullah SAW lalu aku melagukan buat Baginda kata-kata Suwaid bin ‘Amir al-Mustalaqi: Kamu tidak akan aman walaupun kamu berpetang di haram…kerana kematian berada di kedua sisi setiap manusia. Tempuhlah jalan (berjalan) tanpa menundukkan pandangan…sehingga kamu bertemu dengan perkara yang diharapkan oleh orang yang berharap (yakni kematian). Setiap orang yang saling bersahabat pada satu hari nanti akan tetap terpisah … dan setiap bekalan walaupun berbaki akan tetap fana' (hilang)…Kebaikan dan keburukan saling berpasangan dalam suatu kurun…setiap daripadanya itu akan sentiasa datang kepadamu yang baharu. Maka Rasulullah SAW bersabda : ((Sekiranya dia sempat bertemu denganku, nescaya dia akan masuk Islam)). Lalu ayahku menangis. Aku berkata: "Wahai ayahku! Apa yang membuatkanmu menangisi seorang lelaki syirik dan mati di dalam Jahiliyyah?". Ayahku berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang musyrik yang lebih baik daripada Suwaid.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Bazzar, dan al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6568].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman