Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الذنبُ شؤمٌ على غيرِ فاعلهِ، إنْ عيَّرَهُ ابتُلِيَ بهِ، وإنِ اغتابهَ أَثِمَ، وإنْ رضِيَ بهِ شاركَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Dosa itu adalah suatu perkara buruk kepada selain pelakunya. Sekiranya seseorang itu mencelanya, dia akan diuji dengannya. Sekiranya dia mengumpatnya dia berdosa. Dan sekiranya dia reda dengannya (membenarkan perlakuan dosa itu), maka dia (dikira) menyertainya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 790, hadis no. 4061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dosa itu adalah suatu perkara buruk kepada selain pelakunya. Sekiranya seseorang itu mencelanya, dia akan diuji dengannya. Sekiranya dia mengumpatnya dia berdosa. Dan sekiranya dia reda dengannya (membenarkan perlakuan dosa itu), maka dia (dikira) menyertainya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3629]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman