TEKS BAHASA ARAB
لو أن مقمعاً من حديد وضع في الأرض فاجتمع له الثقلان ما أقلوه من الأرض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya cemeti (daripada neraka) yang diperbuat daripada besi, diletakkan di atas muka bumi, lalu seluruh jin dan manusia berkumpul untuk mengangkatnya, mereka tidak akan dapat mengangkatnya daripada bumi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1339, hadis nombor 6843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي سعيد رضي الله عنه مرفوعا: لو أن مقمعاً من حديد وضع في الأرض فاجتمع له الثقلان ما أقلوه من الأرض.
[ك، حم، ع، ابن أبي الدنيا في ((صفة النار))، ((الضعيفة)) (4349)]
(Lemah)
Daripada Abi Sa’id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya cemeti (daripada neraka) yang diperbuat daripada besi, diletakkan di atas muka bumi, lalu seluruh jin dan manusia berkumpul untuk mengangkatnya, mereka tidak akan dapat mengangkatnya daripada bumi.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abī Ya‘lā dalam al-Musnad, Ibn Abi al-Dunya dalam Sifat al-Nar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4349]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.