Sekiranya binatang mengetahui tentang kematian sebagaimana yang yang kalian ketahui tentangnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو علمت البهائم من الموت ما تعلمون؛ ما أكلتم منها سمينا أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya binatang mengetahui tentang kematian sebagaimana yang yang kalian ketahui tentangnya, sudah tentu kalian tidak akan dapat makan daripadanya dalam keadaan ia gemuk selamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1771, hadis nombor 8918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: مر رسول الله صلى الله عليه وسلم بظبية مربوطة إلى خباء، فقالت: يا رسول الله! حلني حتى أذهب فأرضع خشفي، ثم أرجع فتربطني، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((صيد قوم وربيطة قوم)). قال: فأخذ عليها، فحلفت له، فحلها، فما مكثت إلا قليلا حتى جاءت وقد نفضت ما في ضرعها، فربطها رسول الله صلى الله عليه وسلم، ثم أتى خباء أصحابها، فاستوهبها منهم، فوهبوها له، فحلها، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لو علمت البهائم من الموت ما تعلمون؛ ما أكلتم منها سمينا أبدا)). [البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (6738)]

(Lemah)
Daripada Abū Sa‘īd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW melintasi seekor rusa betina yang terikat di sebuah khemah lalu ia berkata: Wahai Rasulullah! Lepaskanlah aku supaya aku dapat pergi dan menyusukan anakku, kemudian aku akan pulang dan kamu boleh mengikatku. Maka Rasulullah SAW berkata: “Buruan kaum dan ikatan kaum”. Beliau (Abū Sa‘īd) berkata: Rasulullah SAW membuat perjanjian dengannya dan rusa itu pun berjanji (untuk pulang) kepada baginda. Lalu, baginda melepaskannya dan tidak beberapa lama kemudian rusa itu kembali dan telah kosong kantung susunya. Maka Rasulullah SAW mengikatnya kembali. Kemudian, pemilik khemah itu datang dan baginda meminta rusa itu sebagai hadiah daripada mereka dan mereka memberi rusa itu kepada baginda. Kemudian, baginda SAW melepaskannya dan berkata: Sekiranya binatang mengetahui tentang kematian sebagaimana yang yang kalian ketahui tentangnya, sudah tentu kalian tidak akan dapat makan daripadanya dalam keadaan ia gemuk selamanya.
[Riwayat al-Baihaqī dalam Dalāil al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6738]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.