Sekiranya binatang-binatang mengetahui berkenaan kematian sebagaimana kalian tahu

TEKS BAHASA ARAB

لو علمت البهائم من الموت ما تعلمون ما أكلتم منها سمينا أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya binatang-binatang mengetahui berkenaan kematian sebagaimana kalian tahu, nescaya kalian tidak akan dapat makan binatang yang gemuk lagi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1119-1120, hadis nombor 5657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: مر رسول الله صلى الله عليه وسلم بظبية مربوطة إلى خباء فقالت: يا رسول الله حلّني حتى أذهب فأرضع خشفي ثم أرجع فتربطني. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: صيد قوم وربيطة قوم. قال: فأخذ عليها فحلفت له فحلها فما مكثت إلا قليلًا حتى جاءت وقد نفضت ما في ضرعها فربطها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم أتى خباة أصحابها فاستوهبها منهم فوهبوها له فحلها ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لو علمت البهائم من الموت ما تعلمون ما أكلتم منها سمينًا أبدًا. [البيهقي في دلائل النبوة، الضعيفة (6738)].

(Lemah) Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau menceritakan : Rasulullah SAW melintasi seekor kijang yang terikat pada sebuah khemah. Kijang tersebut menyeru Baginda: Wahai Rasulullah, uraikanlah ikatan supaya aku boleh menyusukan anak. Kemudian aku akan kembali dan kamu boleh mengikat aku semula. Nabi SAW bersabda: Ini adalah buruan dan tangkapan orang lain. Nabi SAW meminta janji dan sumpah daripada kijang itu, lalu melepaskan ikatannya. Tidak lama kemudian ia datang semula dalam keadaan isi kantung susunya kosong. Maka Nabi SAW mengikatnya semula. Seketika kemudian, tuan khemah tersebut kembali ke khemahnya. Baginda meminta agar kijang tersebut dihadiahkan kepadanya, maka tuannya menghadiahinya. Lalu Baginda SAW membebaskan kijang tersebut sambil berkata: Sekiranya binatang-binatang mengetahui berkenaan kematian sebagaimana kalian tahu, nescaya kalian tidak akan dapat makan binatang yang gemuk lagi. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6738]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs