TEKS BAHASA ARAB
لو أن امرأة من نساء أهل الجنة أشرفت إلى أهل الأرض لملأت الأرض ريح مسك، ولأذهبت ضوء الشمس والقمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya seorang daripada bidadari syurga memunculkan diri kepada penduduk bumi, pastilah dia memenuhkan bumi ini dengan bau kasturi; Dia akan menghilangkan cahaya matahari dan cahaya bulan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1339, hadis nombor 6842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن سعيد بن عامر بن حذيم مرفوعا: لو أن امرأة من نساء أهل الجنة أشرفت إلى أهل الأرض لملأت الأرض ريح مسك، ولأذهبت ضوء الشمس والقمر.
[البزار، المروزي في ((زوائد الزهد))، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4347)].
(Lemah)
Daripada Sa’id bin ‘Amir bin Hizyam secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya seorang daripada bidadari syurga memunculkan diri kepada penduduk bumi, pastilah dia memenuhkan bumi ini dengan bau kasturi; Dia akan menghilangkan cahaya matahari dan cahaya bulan.
[Riwayat al-Bazzar, al-Marwazi dalam Zawa’id al-Zuhd, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ , Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4347]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.