Sekiranya bercakap itu adalah perak

TEKS BAHASA ARAB

إن كان الكلام من فضة، فالصمت من ذهب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya bercakap itu adalah perak, maka diam pula adalah emas.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 24, hadis nombor 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه ابن أبي الدنيا عن الأوزاعي قال: قال سليمان بن داود -عليهما السلام- فذكره.
وعن ابن المبارك، وسئل عن قول لقمان لابنه: إن كان الكلام من فضة، فإن الصمت من ذهب. قال: يقول: إن كان الكلام بطاعة الله من فضة، فإن الصمت عن معصية الله من ذهب.

Ia telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya, daripada al-Awza’ei, beliau berkata: Sulaiman bin Dawud AS telah berkata, lalu beliau menyebutnya.
Daripada Ibn al-Mubarak dan beliau ditanya berkenaan ucapan Luqman kepada anaknya: "Jika bercakap itu adalah perak, maka diam pula adalah emas", beliau berkata: "Dia berkata: Sekiranya bercakap pada mentaati Allah adalah perak, maka diam daripada menderhakai Allah adalah emas".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs