Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن كان الكلام من فضة، فالصمت من ذهب.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya bercakap itu adalah perak, maka diam pula adalah emas.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 24, hadis no. 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرجه ابن أبي الدنيا عن الأوزاعي قال: قال سليمان بن داود -عليهما السلام- فذكره. وعن ابن المبارك، وسئل عن قول لقمان لابنه: إن كان الكلام من فضة، فإن الصمت من ذهب. قال: يقول: إن كان الكلام بطاعة الله من فضة، فإن الصمت عن معصية الله من ذهب.
Ia telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya, daripada al-Awza'ei, beliau berkata: Sulaiman bin Dawud AS telah berkata, lalu beliau menyebutnya. Daripada Ibn al-Mubarak dan beliau ditanya berkenaan ucapan Luqman kepada anaknya: "Jika bercakap itu adalah perak, maka diam pula adalah emas", beliau berkata: "Dia berkata: Sekiranya bercakap pada mentaati Allah adalah perak, maka diam daripada menderhakai Allah adalah emas".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman