Sekiranya bayang-bayang itu telah mencecah sehasta setengah sehingga dua hasta, maka dirikanlah solat Zohor

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان الفيء ذراعا ونصفا إلى ذراعين فصلوا الظهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya bayang-bayang itu telah mencecah sehasta setengah sehingga dua hasta, maka dirikanlah solat Zohor.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 262, hadis nombor 1363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنه -، أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا كان الفيء ذراعا ونصفا إلى ذراعين فصلوا الظهر)). [ع، حب، عق، ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ((الضعيفة)) (2697)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya bayang-bayang itu telah mencecah sehasta setengah sehingga dua hasta, maka dirikanlah solat Zohor.
[Riwayat Abu Ya'la dalam Musnad beliau, Ibn Hibban dalam Sahih, al-Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’ dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘Īfah, no. 2697]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.