Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كان الفَيْءُ ذراعًا ونِصْفًا إلى ذراعينِ فَصَلُّوا الظهرَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya bayang-bayang itu telah mencecah sehasta setengah sehingga dua hasta, maka dirikanlah solat Zohor.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 262, hadis no. 1363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنه -، أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((إذا كان الفيء ذراعا ونصفا إلى ذراعين فصلوا الظهر)). [ع، حب، عق، ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ((الضعيفة)) (2697)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya bayang-bayang itu telah mencecah sehasta setengah sehingga dua hasta, maka dirikanlah solat Zohor. [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnad beliau, Ibn Hibban dalam Sahih, al-Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’ dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘Īfah, no. 2697]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman