Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada orang al-Khisyan

TEKS BAHASA ARAB

 لَوْ عَلِمَ اللهُ فِي الْخِصْيَانِ خَيْرًا لأَخْرَجَ مِنْ أَصْلَابِهِمْ ذُرِيَّةً يَعْبُدُونَ اللهَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada orang al-Khisyan nescaya Allah akan keluarkan daripada sulbinya keturunan yang menyembah Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri hadis palsu yang lain ialah hadis yang mencela bangsa Turki. Al-Khisyan dan al-Mamalik.
Seperti hadis:
لَوْ عَلِمَ اللهُ فِي الْخِصْيَانِ خَيْرًا لأَخْرَجَ مِنْ أَصْلَابِهِمْ ذُرِيَّةً يَعْبُدُونَ اللهَ
“Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada orang al-Khisyan nescaya Allah akan keluarkan daripada sulbinya keturunan yang menyembah Allah.”
——————————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (2/631). Rujuk: al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 509). Ibnu Jauzi menyebut hadis ini tidak sahih kerana hadis ini seolah-olah sebagai bahan jenaka, gurauan, fitnah dan sudah jelas ianya batil.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon