TEKS BAHASA ARAB
لأن أمرض على ساحل البحر، أحب إلي من أن أصح فأعتق مائة رجل، ثم أجهزهم وخيولهم في سبيل الله عزوجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya aku sakit di pesisir pantai lebih aku suka berbanding aku sihat dan aku membebaskan seratus hamba lelaki kemudian aku menyiapkan mereka dan kuda mereka ke jalan Allah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1759, hadis nombor 8858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((لأن أمرض على ساحل البحر، أحب إلي من أن أصح فأعتق مائة رجل، ثم أجهزهم وخيولهم في سبيل الله عزوجل.)) [فر، ((الضعيفة)) (5585)].
(Munkar)
Daripada Ali RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sekiranya aku sakit di pesisir pantai lebih aku suka berbanding aku sihat dan aku membebaskan seratus hamba lelaki kemudian aku menyiapkan mereka dan kuda mereka ke jalan Allah.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5585].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.