Sekiranya aku membantu saudaraku yang beriman untuk suatu keperluannya

TEKS BAHASA ARAB

لأن أعين أخي المؤمن على حاجته أحب إلى من صيام شهر واعتكافه في المسجد الحرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya aku membantu saudaraku yang beriman untuk suatu keperluannya, lebih aku sukai berbanding puasa sebulan dan iktikaf di Masjidil Haram.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 66, hadis nombor 368. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata dalam biografi Muhammad bin Soleh Fairuz bahawa ia palsu ke atas Malik kerana ia melalui riwayat Malik daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar menurut sangkaan si perekanya. Saya telah melihat hadith tersebut dalam kitab al-Zuhd oleh Ibn al-Mubarak daripada al-Hasan al-Basri dan al-Hasan bin ‘Ali A.S secara mawquf (disandarkan kepada sahabat) kepada mereka berdua. Ya, saya telah menemui hadith yang marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sebagai penguat melalui hadith Ibn ‘Abbas dalam riwayat al-Dinawari dalam al-Mujalasah dan lain-lain sebagaimana yang telah saya sebutkannya dalam al-Mustakhraj ‘Ala Musnad al-Shihab.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs