Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لأَنْ أُعِينَ أَخِي المُؤْمِنَ عَلَى حَاجَتِهِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ صِيَامِ شَهْرٍ وَاعْتِكافِهِ فِي المَسْجِدِ الحَرَامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya aku membantu saudaraku yang beriman untuk suatu keperluannya, lebih aku sukai berbanding puasa sebulan dan iktikafnya di Masjidil Haram.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 66, hadis no. 368. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Zahabi berkata dalam biografi Muhammad bin Soleh Fairuz bahawa ia palsu ke atas Malik kerana ia melalui riwayat Malik daripada Nafi' daripada Ibn 'Umar menurut sangkaan si perekanya. Saya telah melihat hadith tersebut dalam kitab al-Zuhd oleh Ibn al-Mubarak daripada al-Hasan al-Basri dan al-Hasan bin 'Ali A.S secara mawquf (disandarkan kepada sahabat) kepada mereka berdua. Ya, saya telah menemui hadith yang marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW) sebagai penguat melalui hadith Ibn 'Abbas dalam riwayat al-Dinawari dalam al-Mujalasah dan lain-lain sebagaimana yang telah saya sebutkannya dalam al-Mustakhraj 'Ala Musnad al-Shihab.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman