Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَو اسْتَطَعْتُ لأَخْفَيْتُ عَورَتِي مِن شِعَارِي.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya aku mampu, nescaya aku akan menyembunyikan auratku dari pakaian dalamku.
Sahabat Perawi
- al-Qasim
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis no. 1201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن القاسم أن رجلا قال لأبي هريرة: إن رجالا يعرون نساءهم؛ يأمرونهن يمشين بين أيديهم؟ ثم قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: (( لو استطعت لأخفيت عورتي من شعاري )). [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5566)]
(Palsu) Daripada al-Qasim, bahawa seorang lelaki berkata kepada Abu Hurairah: Sesungguhnya terdapat golongan lelaki yang menelanjangkan isteri-isteri mereka dan mereka menyuruh supaya isteri-isteri mereka itu berjalan di hadapan mereka. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya aku mampu, nescaya aku akan menyembunyikan auratku dari pakaian dalamku. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5566]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman