Sekiranya ada seorang lelaki berniat ingin melakukan keburukan padanya

TEKS BAHASA ARAB

في قول الله: {ومن يرد فيه بإلحاد بظلم نذقه من عذاب أليم} [الحج: 25]، قال: لو أن رجلا هم فيه – يعني: المسجد الحرام – بسيئة وهو بـ(عدن أبين)؛ لأذاقه الله عذابا أليما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berkenaan firman Allah: "Dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya" [Al-Hajj: 25], Ibn Mas’ud berkata: Sekiranya ada seorang lelaki berniat ingin melakukan keburukan padanya – iaitu Masjidilharam – sedangkan dia berada di kota Aden-Abyan, nescaya Allah akan memberi dia rasa suatu seksa yang pedih.

STATUS

Mawquf (disandarkan kepada sahabat)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 375, hadis nombor 1990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -: «في قول الله: {ومن يرد فيه بإلحاد بظلم نذقه من عذاب أليم} [الحج: 25]، قال: لو أن رجلا هم فيه – يعني: المسجد الحرام – بسيئة وهو بـ(عدن أبين)؛ لأذاقه الله عذابا أليما». [حم، ع، ك، البزار، ابن جرير، «الضعيفة» (6571)].

(Mawquf (disandarkan kepada sahabat)) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA: Berkenaan firman Allah: "Dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya" [Al-Hajj: 25], Ibn Mas’ud berkata: Sekiranya ada seorang lelaki berniat ingin melakukan keburukan padanya – iaitu Masjidilharam – sedangkan dia berada di kota Aden-Abyan, nescaya Allah akan memberi dia rasa suatu seksa yang pedih. [Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Abu Ya’la dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bazzar dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6571].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs