Sekiranya ada orang yang berbuat kejahilan kepada salah seorang kamu ketika dia sedang berpuasa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا جهل على أحدكم وهو صائم فليقل: أعوذ بالله منك إني صائم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya ada orang yang berbuat kejahilan kepada salah seorang kamu ketika dia sedang berpuasa, maka katakanlah: Aku mohon perlindungan dengan Allah daripada kamu. Sesungguhnya aku sedang berpuasa.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis nombor 1024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا جهل على أحدكم وهو صائم فليقل: أعوذ بالله منك إني صائم)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (2542)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya ada orang yang berbuat kejahilan kepada salah seorang kamu ketika dia sedang berpuasa, maka katakanlah: Aku mohon perlindungan dengan Allah daripada kamu. Sesungguhnya aku sedang berpuasa.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2542]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.