Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا جُهِلَ علَى أحدِكُم وَهوَ صائمٌ فليقُلْ: أعوذُ باللَّهِ منكَ إنِّي صائمٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya ada orang yang berbuat kejahilan kepada salah seorang kamu ketika dia sedang berpuasa, maka katakanlah: Aku mohon perlindungan dengan Allah daripada kamu. Sesungguhnya aku sedang berpuasa.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis no. 1024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا جهل على أحدكم وهو صائم فليقل: أعوذ بالله منك إني صائم)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (2542)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya ada orang yang berbuat kejahilan kepada salah seorang kamu ketika dia sedang berpuasa, maka katakanlah: Aku mohon perlindungan dengan Allah daripada kamu. Sesungguhnya aku sedang berpuasa. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2542]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman