Sekiranya ada dua orang, maka mereka solat bersama (dalam kedudukan yang selari)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان اثنان صليا معا، فإذا كانوا ثلاثة تقدمهم أحدهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya ada dua orang, maka mereka solat bersama (dalam kedudukan yang selari). Dan sekiranya mereka bersama tiga orang, maka salah seorang dari mereka hendaklah berada di hadapan (menjadi imam).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 262, hadis nombor 1362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا كان اثنان صليا معا، فإذا كانوا ثلاثة تقدمهم أحدهم)). [قط، فر، ((الضعيفة)) (2666)]

(Lemah)
Daripada Samurah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya ada dua orang, maka mereka solat bersama (dalam kedudukan yang selari). Dan sekiranya mereka bersama tiga orang, maka salah seorang dari mereka hendaklah berada di hadapan (menjadi imam).
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan beliau dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2666]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.