Sekiranya 70 orang lelaki dari kalangan kita menuju (ke masjid untuk mengerjakan) solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

إذا راح منا سبعون رجلا إلى الجمعة، كانوا كسبعين موسى الذين وفدوا إلى ربهم؛ أو أفضل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya 70 orang lelaki dari kalangan kita menuju (ke masjid untuk mengerjakan) solat Jumaat, maka mereka adalah bagaikan seperti seperti 70 orang (pengikut yang dipilih oleh) Musa yang berangkat menuju ke arah Tuhan mereka, atau (mereka) lebih afdal lagi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis nombor 1342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا راح منا سبعون رجلا إلى الجمعة، كانوا كسبعين موسى الذين وفدوا إلى ربهم؛ أو أفضل)). [طس، ((الضعيفة)) (2601)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya 70 orang lelaki dari kalangan kita menuju (ke masjid untuk mengerjakan) solat Jumaat, maka mereka adalah bagaikan seperti seperti 70 orang (pengikut yang dipilih oleh) Musa yang berangkat menuju ke arah Tuhan mereka, atau (mereka) lebih afdal lagi.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2601]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs