Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا راحَ منَّا سَبعونَ رجلًا إلى الجمعةِ، كانوا كَسبعينَ موسَى الَّذين وَفدوا إلى ربِّهم، أو أفضلَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya 70 orang lelaki dari kalangan kita menuju (ke masjid untuk mengerjakan) solat Jumaat, maka mereka adalah bagaikan seperti seperti 70 orang (pengikut yang dipilih oleh) Musa yang berangkat menuju ke arah Tuhan mereka, atau (mereka) lebih afdal lagi.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis no. 1342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا راح منا سبعون رجلا إلى الجمعة، كانوا كسبعين موسى الذين وفدوا إلى ربهم؛ أو أفضل)). [طس، ((الضعيفة)) (2601)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya 70 orang lelaki dari kalangan kita menuju (ke masjid untuk mengerjakan) solat Jumaat, maka mereka adalah bagaikan seperti seperti 70 orang (pengikut yang dipilih oleh) Musa yang berangkat menuju ke arah Tuhan mereka, atau (mereka) lebih afdal lagi. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2601]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman