Sekali menunaikan haji lebih baik daripada menyertai sepuluh peperangan

TEKS BAHASA ARAB

لحجة أفضل من عشر غزوات، ولغزوة أفضل من عشر حجات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekali menunaikan haji lebih baik daripada menyertai sepuluh peperangan dan menyertai peperangan walaupun hanya sekali lebih baik daripada menunaikan haji sebanyak sepuluh kali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis nombor 3776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لحجة أفضل من عشر غزوات، ولغزوة أفضل من عشر حجات)). [هب، ((الضعيفة)) (2656)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekali menunaikan haji lebih baik daripada menyertai sepuluh peperangan dan menyertai peperangan walaupun hanya sekali lebih baik daripada menunaikan haji sebanyak sepuluh kali.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2656]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs