Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَحَجَّةٌ أفضلُ من عَشْرِ غَزَواتٍ، ولَغَزوةٌ أفضلُ من عَشْرِ حَجَّاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sekali menunaikan haji lebih baik daripada menyertai sepuluh peperangan dan menyertai peperangan walaupun hanya sekali lebih baik daripada menunaikan haji sebanyak sepuluh kali.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis no. 3776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لحجة أفضل من عشر غزوات، ولغزوة أفضل من عشر حجات)). [هب، ((الضعيفة)) (2656)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekali menunaikan haji lebih baik daripada menyertai sepuluh peperangan dan menyertai peperangan walaupun hanya sekali lebih baik daripada menunaikan haji sebanyak sepuluh kali. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2656]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman