TEKS BAHASA ARAB
حجة لمن لم يحج خير من عشر غزوات، وغزوة لمن حج خير من عشر حجج، وغزوة في البحر خير من عشر غزوات في البر، ومن جاز البحر كأنما جاز الأودية كلها، والمائد فيه كالمتشحط في دمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekali haji bagi seorang yang tidak dapat menunaikan haji lebih baik dari 10 peperangan. Satu peperangan oleh orang yang menunaikan haji lebih baik dari 10 haji. Satu peperangan di laut lebih baik dari 10 peperangan di darat, sesiapa yang merentasi laut, maka dia seumpama merentasi lembah-lembah kesemuanya. Orang yang pening padanya (mabuk laut) adalah seperti orang berlumuran dengan darah sendiri.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 731, hadis nombor 3731. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنه – مرفوعا: ((حجة لمن لم يحج خير من عشر غزوات، وغزوة لمن حج خير من عشر حجج، وغزوة في البحر خير من عشر غزوات في البر، ومن جاز البحر كأنما جاز الأودية كلها، والمائد فيه كالمتشحط في دمه)). [ابن بشران، ك، طب، هق، ((الضعيفة)) (1230)]
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekali haji bagi seorang yang tidak dapat menunaikan haji lebih baik dari 10 peperangan. Satu peperangan oleh orang yang menunaikan haji lebih baik dari 10 haji. Satu peperangan di laut lebih baik dari 10 peperangan di darat, sesiapa yang merentasi laut, maka dia seumpama merentasi lembah-lembah kesemuanya. Orang yang pening padanya (mabuk laut) adalah seperti orang berlumuran dengan darah sendiri.
[Riwayat Ibn Bishran, al-Hakim dalam Mustadraknya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1230]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.