Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas itu tidak mempunyai keberkatan

TEKS BAHASA ARAB

أبردوا بالطعام، فإن الطعام الحار غير ذي بركة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas itu tidak mempunyai keberkatan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 392, hadis nombor 2092. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف): «أبردوا بالطعام، فإن الطعام الحار غير ذي بركة». روى من حديث ابن عمر وجابر وأبي هريرة وأنس – رضي الله عنهم -. [عزاه السيوطي في «الصغير» للديلمي، ك، طس، حل، «الضعيفة» (1587)].

(Lemah): "Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas itu tidak mempunyai keberkatan". Riwayat daripada hadis Ibn ‘Umar, Jabir, Abu Hurairah dan Anas RA. [Al-Suyuti menisbahkannya dalam al-Saghir kepada al-Daylami. Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1587].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs